CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 June 2010

MARA vs. PTPTN

Okay guys.. tetiba tegerak hati nak bercerita pasal MARA dan  PTPTN ini yang memang kita semua sedia maklum
dua badan besar ni, majoritinya merupakan penaja atau lebih biasanya dipanggil pembiaya bagi para pelajar-pelajar di IPTA mahupun di IPTS Malaysia sekarang, mahupun bagi pelajar-pelajar yang dapat menyambung pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi di luar negara.

Kalau dahulu, Institut Teknologi MARA (ITM) merupakan universiti dibawah tanggungan MARA, tetapi telah diambil oleh kerajaan dan status bagi fungsi peminjam ditukar kepada PTPTN.

Apa yang saya nak kongsikan sebenarnya disini, kenapa lebih menguntungkan jika bakal pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS ataupun pelajar-pelajar yang hendak menyambungkan pelajaran mereka dari peringkat sijil ke diploma, diploma ke ijazah, ijazah ke master atau sebagainya memilih MARA instead of PTPTN.

Semasa saya menyambungkan pelajaran saya diperingkat diploma dahulu, di sebuah kolej swasta iaitu Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), ia merupakan kolej swasta dibawah tajaan MARA. Dibawah tajaan maksud saya, mana-mana pelajar yang belajar dibawah kolej tajaan MARA, MARA yang akan menjadi badan untuk para pelajar membuat pinjaman selain daripada pinjaman atau biasiswa Yayasan-yayasan negeri yang ditawarkan kepada para pelajar jika mereka layak dan menyambung pelajaran mereka.

MARA dikhususkan kepada pelajar BUMIPUTERA dan bagi pelajar yang layak, seperti tanggungan pendapatan ibu bapa mereka tidak mencukupi untuk menampung pelajaran mereka di kolej atau universiti. Agak susah sebenarnya hendak lulus pinjaman MARA, tapi jika kita memang betul-betul layak, jadi tak salah mencuba kan.

Seperti saya dahulu, saya mengambil kursus diploma perakaunan selama 3 tahun. Sebenarnya, ada sesetengah pelajar, MARA akan taja untuk separuh semester sahaja, contohnya hanya selama 1 tahun setengah ataupun 2 tahun. itu saya tak pasti kenapa. tetapi kalau anda dapat pinjaman MARA sepenuhnya, itu sudah cukup baik.

Konsep MARA, para pelajar akan ditanggung setiap bulan. Macam parents kita bagi duit tiap-tiap bulan. Ini semestinya amat menyenangkan para pelajar sebenarnya kerana dengan itu, kita akan lebih berjimat. Duit untuk yuran pembelajaran, akan ditolak oleh MARA sendiri.(urusan pihak kolej). OK. kita sudah boleh lihat disitu kelebihan MARA.

Bagi PTPTN pulak, pelajar akan diberi pinjaman mereka setiap 1 semester in total. Boleh anda bayangkan awal atau akhir bulan, check akaun bank tengok ada rm1000+ atau rm2000+ ?? memang pada mulanya kita sebagai pelajar akan gembira yang teramat bila ada duit sebanyak itu dalam bank, tapi, kalau sudah 1 semester 3 atau 4 bulan, sudah semestinya bulan terakhir semester, duit pinjaman kita sudah habis dibelanjakan. Mula lah telefon mak ayah mintak duit belanja lebih. Agak membebankan disitu.

Tamat belajar, jika diikutkan didalam perjanjian antara pelajar(saya) dengan MARA, jumlah pinjaman sepatutnya menjangkau ke jumlah rm32,000.00 , tetapi sebenarnya MARA hanya menaja saya RM26,000+ , ok, saya tak kisah sebab itu menunjukkan saya akan membayar hanya rm26,000.00+ sahaja seperti didalam penyata hutangnya. Masa itu, saya masih belum tahu MARA memberi tawaran pengurangan kepada pelajar tajaannya (berdasarkan pointer CGPA) sehinggalah saya dapat surat untuk mulakan pembayaran balik, boleh buat surat untuk mintak kurang atau diskaun dari jumlah tajaan itu. Saya cuba buat surat pengurangan bayaran, dan dapat jawapan balas dari MARA. anda tahu hanya berapa yang perlu saya bayar?? Hanyalah sebanyak rm6,000.00+ sahaja. Bermakna sebanyak rm20,000.00 saya tidak perlu bayar. Kalau pointer atau CGPA saya lagi bagus, bermakna lagi berkurang jumlah yang saya perlu bayar, dan kalau CGPA saya 4.00, pinjaman saya akan bertukar menjadi biasiswa. Ok, saya tidaklah sepandai itu.

Menarikkan pinjaman MARA. Kalau saya sambung pelajaran lagi, saya boleh buat surat tangguh bayar. Berbalik pada PTPTN, rasanya kalau anda membuat pinjaman sebanyak rm30,000.00 untuk 3 tahun sebagai contoh tempoh pelajaran anda, sesudahnya anda mesti membayar rm30,000.00 jugak dan berkemungkinan besar anda akan dikenakan *bunga atau *interest. Kat situ anda boleh fikir yang mana yang lebih memberikan kebaikan dan keburukan untuk anda dimasa hadapan.

Takkan bila anda sudah bekerja, semestinya mahu beli kereta,rumah. untuk bayar cash, susah nak jumpa kan, melainkan anda anak hartawan. dari situ, anda buat pinjaman dengan bank. so, hutang bank untuk kereta, untuk rumah dan PTPTN. Jadi, bila anda akan langsai dari semua hutang-hutang tersebut??

Fikir-fikirkan dan... selamat beramal...

*peace no war*

45 Ulasan:

juong
This comment has been removed by the author.
Aimee Maziah

hai zul..

well ok.. saya nak explain secara detail pasal loan ni pun tak berapa fasih sangat sebab sekarang ni pon saya masih lagi student.

ok. kalau nak apply MARA tu, rasanya for every college or U, mesti ada provide untuk student dorang borang untuk apply, instead of PTPTN kena online.

tentang mana lagi baik ni, bagi saya for sure la MARA sebab memang dah terbukti bagi saya. hanya perlu bayar sebanyak RM6000 lebih sahaja dari pinjaman sebanyak RM26000 lebih. kalau PTPTN tu, for sure saya kena bayar semua sekali termasuk interest2nya sekali. melainkan kalau saya ni student 4 flat ke, memang automatically MARA akan tukar ke sholarship and dengar cerita PTPTN pun dah buat macam tu. mana2 peminjam die, akan dapat scholarship kalau dpt pointer bagus.

kalau ada pape kemushkilan, insyaALLAH selagi boleh bantu saya bantu. tq

Mas Intan~Hamba Allah~

as salam..nk tnye..cmne nk wat surat pemotongan mara 2 ea..huhu..plz help me aimee!!!T-T..nie email facebook n email sy..plz gtau ea..T-T

::t!ntA hAt!Ku::

salam...nk tnya skit...skg awk stdy level aper ek???klu mcm sya dh level degree apply mara punya pinjaman...total kita dpt brapa ek n bulan2 dapat berapa????

Aimee Maziah

hai.. hai.. ::t!ntA hAt!Ku::

okay.. actually saya sekarang pun tengah ambil degree. final year and final sem. tapi for degree ni, saya tak ambil loan da. diploma dulu je amik loan. awak baru nak start study ke? well kalau tanya saya punya opinion, you should take MARA la selagi offer because macam yang saya cerita kat atas tu, MARA memang banyak bagi kelebihan pada peminjamnya. and selagi MARA is still offering their loans to the Uni, better grab it sebab mcm dekat Uni saya, MARA dah tak offer da. so juniors kat sini dah takde choice selain dr amik PTPTN yang for sure, in the future akan burden diorang. and lastly, saya pun tak berapa sure berapa yang dioffer sebab normally loan ni based on our course taken and for how long.

if ada papa nak tanye lg, always open to drop by.. tqvm

Aimee Maziah

INTAN: bg email tau. nanti sy cerita

joe-an

nk tanye.. camne nk mohon mara ye? dan saya akn masok degree pada bln 9 nti. lepasan diploma. n saya dri uitm. sy bley memohon ke?

joe-an

nk tye.. saya nk masok degree bln 9 nie dri lepasan diploma. n uitm la sy akn masok. camne nk mohon ye? n sy bley ke momhon sbb sy nie student uitm.

Aimee Maziah

hi joe-an..

first of all, dalam pengetahuan saya, uitm ni memang dah sedia ada under MARA kan? awak continue degree pon diuitm jugak kan? if so, senang la nak apply MARA if menepati syarat2 yang dikenakan.

joe-an

tp agak plik la.. ble nk mohon on9 kne register name dlu kn.. ble nk reg. xde pn dlm senarai nama uitm. so nk mohon camne nye? byk nke kolej2 je.

Aimee Maziah

ooo ye ek. then mase awak diploma dlu, awak amek apa? ptptn or mara? if ptptn, memang takde la namanya.if memang dari mara, senang nk terus continue. if ada masalah, awak kena consult dengan admin la.

Nurliyana Farhah c(:

as salam, ramai jugak kawan kawan yg cakap pinjaman MARA ni lebih baik drpd pinjaman ptptn. saye berhasrat jugk nk buat loan mara kan. dia kene apply frm borang dekat universiti tu sndiri la eh?

then nk tau. ade kawan bgtau. kalau mara ni, dia akan bg kita mcm mcm elaun. elaun pembiayaan pendidikan, elaun sara hidup, elaun buku teks. betul ke?

lagi satu. mcm yg dinyatakan dlm post ni, loan ptptn ade interest? betul ke?

tu jee. thx (:

areenariee

nak tanya pendapat cik aimee...
saya dapat tawaran tajaan mara untuk asasi ekonomi..masalahnya saya dah belajar di uitm 3 bulan untuk course bisnes...ekonomi pulak bukan minat utama saya..tapi saya xnafikan saya dapat result yang cemerlang untuk subjek ekonomi asas SPM..cuma xberapa minatlah kos tu...lagipun rasa sayang nak tinggalkan uitm...tapi uitm pulak xde sapa nak sponsor..lagi2 kalau terpaksa duduk luar yang pastinya makan belanja yang tinggi...so cik aimee...apa pendapat anda?
thank u..:-)

Aimee Maziah

to Nurliyana Farhah c..

waalaikumussalam dear. first of all, thanks for reading my entry.

berbalik kepada soalan nurliyana kan. yep. memang dr segi teknikalnya, MARA is the best la. and nak buat loan MARA for studying tu, depends on U kita ada offer ke tidak. if ada, amek form dr situ la. tp make sure memenuhi syarat2 dia la. if U tak offer MARA, instead, PTPTN, rase saya, awk still boleh apply lg MARA. tp semua tu depends on condition dia la kan.

and for the second ques, yup, masa saya belajar dulu, MARA yang akan bayarkan yuran pendidikan kita. dia akan deduct siap2 kita punya yuran semester. so apa yang kita akan dapat each month, hanyalah elaun sara diri. ala-ala duit poket la kan., hehehe.. elaun buku tu, saya kurang ingat masa tahun saya belajar dulu ada ke tidak. maybe macam yang kawan nurliyana bagitahu ada tu, maybe di Universiti dia , ada tawarkan elaun buku tuh..

third, yes dear. loan ptptn ada interest. and you will definitely pay more than what you borrow. unless kalau awak ni scholars. teros jd scholarship. takyah bayar. yippie. hehe..

ok. any else, msg k. tq. hopefully dah answer ur ques

Aimee Maziah

to areenariee,

wow,, hahaha,, soalan awak ini actually based on ur interested.

ok well, first sy nak tye awk, course ekonomi yang MARA sponsor awak tu,dpt dekat mana? if that U is well recognize,why not kan. minat boleh dipupuk. tambah2 lagi kalau awak boleh get on dengan course tuh. and second ques sy, awak studi di uitm sekarang, MARA tak sponsor ke? setahu saya, student uitm semua dapat sponsor dr MARA or ptptn? u need to check that back btw.

apa-apa pon dear, semua bergantung kepada minat awak. kalau awak stadi di uitm sekarang, tp tkde sponsor, tp awak minat course tu, so then awak kena struggle gila-gila la.

but then if awak amek MARA sponsor tuh, then awak memang boleh go on dengan economy course tuh, dah grade nanti senang. insyaALLAH. besides, economy and business ni, adik beradik je course dia. cuma die more focus on certain subject la kan..

ok dear. i pon tak sure sama ada u satisfied or not dgn my answer but really hope that boleh la membantu sikit2.,

thanks

Shafiqahafandi

Hai, saya nak tanya, MARA punya pinjaman selalunya dia bagi hanya untuk bayar yuran atau ada untuk perbelanjaan sara diri sekali. dan berapa selalu nya jumplah yang mara bagi pinjam. Macam saya, saya akan mengikuti pengajian peringkat degree di unikl. memandangkan unikl di bawah mara, adakah senang untuk saya mendapat tajaan mara?

Aimee Maziah

Assalamualaikum to miss shafiqahanfandi...

Sepertimana yang saya ceritakan dalam blog, semasa tahun saya diploma dulu iaitu pada tahun 2004, disamping MARA bayar yuran pengajian kita, MARA jugak ada bagi elaun sara diri pada kita tiap-tiap bulan. (macam mak ayah bagi duit poket).. And bezanya dengan PTPTN, MARA bagi every month, and PTPTN akan bagi lum sum on early semester. So kat situ kita dah boleh nampak kesusahan yang bakal dialami nanti melainkan kita ni seorang perancang kewangan yang sangat cekap dan efisyen. ^_*

Untuk jumlah yang MARA akan bagi tu, actually kalau tak silap saya, semua tu bergantung kepada bidang pelajaran apa yang shafiqa akan ceburi and also institusi pengajian tinggi yang mana shafiqa akan continue. And for how long.

If unikl memang dibawah MARA, confirm-confirm MARA yang akan jadi sumber pemberi pinjaman utama eventhough mesti akan ada PTPTN or any yayasan negeri or other sponsors lain. If shafiqa memenuhi syarat-syarat yang MARA letakkan, mesti dapat pinjaman nya. Tak silap saya one of those syarat-syaratnya adalah it depends on our parents monthly income. Ade average yang ditetapkan la.. sort of.

Well, soon when shafiqa dah start degree nanti, I memang advice u too take MARA la rather than PTPTN. Its for your own future jugakla.. Memang nampak macam seronok je PTPTN, tp fikir-fikirkan bila dah habis belajar nanti.

Okay dear, rasanya dah menjawab soalan.. if ada musykil apa-apa lagi, let me know ok.

<3

IPTonline

Info yang menarik . Memang banyak kelebihan pinjaman pelajaran MARA berbanding dengan PTPTN. Sekadar berkongsi yang pinjaman pelajaran MARA tidak ada di IPTA seperti UiTM,UTM,USM dan lain2.

Pinjaman pelajaran MARA hanya ditawarkan di IPTS. tapi setahu saya setiap IPTS ada kuota untuk pinjaman MARA. Tetapi IPT dibawah MARA seperti KPTM, UNIKL dan GMI mempunyai kuota yang banyak kerana anak syarikat MARA.

Oleh itu saya nasihatkan kepada adik2 yang nak sambung belajar, baik mohon di IPT2 MARA seperti KPTM. KPTM juga ada menawarkan program DIPLOMA kerjasama UiTM. Kalau ambik program ni, sijil dan transkrip akan dikeluarkan UiTM dan konvo pun di UiTM tetapi keistimewaan boleh apply loan MARA jika layak.

So rasa nyer dari belajar di UiTM tp pinjaman PTPTN, baik mohon di KPTM untuk program kerjasama UiTM tp boleh mohon pinjaman MARA. Sijil n transkrip yang dikeluarkan sama jer.. ;-)

tomatomilk

Hye the owner of d blog...
Thanks for d info btw..sangat hargai dn berterima kasih...cuma sy ingin brtanya sikit kt sni..sepanjang awk amik loan mara ada x ksusahan y awk face.contohnya elaun masuk lambat ke..masa nk apply. A lot of procedures ke? Ada org ckap first sem xkan dapat pembiayaan sbb xsmpat .dia ckp sem2 baru duit masuk:btol ke?? N if msa scnd sem bru dpat.y elaun first sem tu sy dapat x(asking based on ur experiences) :)..it is obviously mara is much more btter than that PT!so agree..hehe.one more thing..loan mara through online je kn.bila da dluluskn baru libatkn uni??

Unknown

Salam Kak Aimee ,sye nk tnyer..kalau Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tu bleh buat pinjaman Mara ke? kalau kite nk amek kos diploma Farmasi kat situ berape elaun Mara nk bg kat kie?

AnneJayh

salam. saya nak tanya tentang MARA ni susah ke nk buat pinjaman ni? confirm boleh dpt ke? ke ada syarat2 tertentu. sy nak msuk ipts sy x tahu nak amik ptptn or mara. org ckp mara ni lambat sikit nk dapat. tkut tgh sesak tggu mara tiba2 x diluluskan mcm mana yek. buntu laaa

Me and My Sunshine

Salam kak aimie. Boleh tak tanya kalau subjek akaun yg akak ambil tu senang tak nk handle? Waktu spm tak ambil akaun. Tapi macam nk try. Sebb mcm dah mula minat dtg sikit sikit. Kalau bidang teknologi maklumat pula macam mne? Ada ke yg smbung level study kat overseas? Thanks. Sorry banyak tanya. :/

Aimee Maziah

Waalaikumussalam, Me and My Sunshine.

Menjawab pada soalan awak la kan. Ini akak cerita melalui pengalaman and minat akak sendiri la ye. Actually masa akak SPM dulu, akak amik subject science it.Then further study diploma, my mom suruh akak take accounting courses which I for sure doesn't have any knowledge at all in accounting kan. Then to degree. At that time memang agak susah sikit la nak get along with those courses because akak pun memang takda passion pun in accounting.

Belajar for me at that time just untuk dapatkan knowledge and have certificate in accountancy because accounting is one of the professional courses other that engineering and medical.

Now, when I'm started to work, akak join audit firm. Well, thats one of the best choices la if you're a accounting graduates and want to joined as professionals. One of the requirement, minimum working experience in audit firm must be 3 years. So then, bila akak da start doing audit, then I started to understand what I had learned before masa belajar diploma and degree dulu even masa study dulu, belajar semata mata untuk exam sahaja. And now, I really enjoyed la doing audit sebab kita akan check balik all the accounts work sama ada betul atau tak. So, tak semestinya spm kita tak study akaun, it doesnt mean kita tak boleh further akaun diploma or degree. Besides, if you have accounting knowledge or background, itu salah satu advantage untuk kerja nanti.

If it pulak, actually for me its to common nowadays. Unless you nak jadi programmer software or others. Untuk sambung oversea, for it, im not so sure, But for accounts, ada sambunng ACCA. Itu kiranya professional qualifications la. Higher than degree. And for my knowledge before this, MARA ada sponsor their students untuk further study ACCA ke dublin business school di Ireland. And if you're a 3.5 pointer student.

So adakah akak dah menjawab soalan awak dik? anything, you can ask me through my fb ye. thanks

Me and My Sunshine

Whoa fully of explanation. Thanks a lot kak Aimie. Youre really experiance and brilliant. yes. You answer my question. After this i will go through ur fb if i have something confusing rumors. Hehe. So im really confident to choose account! Like you. I want to achieve my new goal after im not doing well in spm. Thanks.

Aimee Maziah

Alhamdulillah. I'm happy that I had motivate you in little bit here and there. Okay dik. Anything, just fine me through my facebook account sahaja ye with my real name if you have any queries.

Good luck adik for your future.

:)

Me and My Sunshine

Macam mana nak cari fb akak yer? Cari X jumpa. Herm.

ewanfikri

assalam buat aimee maziah..saya ambil jurusan diploma perakaunan tahun 2..sampai sekarang dah 3 kali saya buat ptptn tapi x diterima...terpaksalah bayar yuran guna duit sendiri..sampai sekarang family x tahu lg yg pinjaman x dapat..sekarang sy cuba apply mara..sebb dengar kata dia lg baik dr ptptn..tapi dengar gak ianya agak complicated..saya masih buntu..

Aimee Maziah

Waalakumussalam, The Content Of Islam,

Okay. Sekarang ni awak dah tahun 2 tapi still lagi tak dapat apply loan dari PTPTN atau MARA? Kalau kes macam ni saya tak berapa nak pasti sebab awak dah masuk tahun kedua. Saya rasa awak boleh rujuk pada bahagian kewangan universiti awak sama ada tahun kedua ni, masih dibuka lagi atau tak untuk dapat loan, because normally PTPTN atau MARA offer pada freshie.

Ye dik, MARA memang lagi bagus dari PTPTN. Agak complicate sebab dorang tengok kita punya result SPM, familys' financial and sebagainya.

Takpun lagi senang kalau adik cuba pergi pejabat MARA sendiri and tanya dorang sama ada boleh apply loan lagi atau tak.

Good luck dear.

Unknown

Assalamualaikum kak aimie.

saya teringin nak sambung study kt luar negara. tapi ada perkara-2 yg saya susah sangat nak paham.
boleh x kak aimie terangkan serba sedikit dengan pinjaman mara rm200,000 untk pljr yg nak sambung luar negara ni??

ni email saya . mohammadyasin1991@gmail.com

Unknown

Asslamualaikum buat Aimee Maziah. InsyaAllah, dalam masa terdekat saya ingin melanjutkan Sarjana saya. Saya ada bertanya di Bhgian Penganjuran Pembelajaran MARA di Jln Raja Laut mengenai pinjaman. Sebelum ni sy attach dgn scholarship lain masa degree. Saya ada bertnya kpd mereka mengenai pinjaman tersebut.

Ada x dlm kalangan rakan saudari yg membuat pnjaman MARA utk Sarjana di IPTA?adakah pnjaman tersebut hnya utk yuran pengajian @ termasuk dgn sara hidup? Saya ada mengajukan soalan ini pd pihak MARA tetapi x berapa jelas apa yg dimksudkan. Terima kasih

Aimee Maziah

Me and My Sunshine,

FB akak, https://www.facebook.com/aimee.maziah

Aimee Maziah

max bug,

menjawab pada soalan awak ni, boleh saya tahu masa degree dulu awak apply untuk loan apa? ptptn? atau apa?

apa yang saya tahu dulu semasa saya belajar and junior junior saya dulu, mara akan tanggung yuran pembelajaran dan juga elaun sara diri. cuma sekarang ni maybe amaun dia dah berubah-ubah and bergantung kepada kursus yang awak ambil.

ok, if ada apa-apa musykil, boleh tanya lagi. in sya allah saya akan cuba jawab. thank you

Unknown

salam ,akak . Macam mana kita nak buat permohonan untuk pinjaman mara ?

adiek_amrie95@yahoo.com

arekiLLz

cemana nak apply mara ??

Unknown

Salam..akak..mane lag bagus ek antara akaun kerjasama uitm ke dgn diploma akaun?? Pastu kalao diploma akaun tanpa kerjasama uitm bley amek ijazah dekat ipta tak??

Unknown

Salam,, akak mane lagi bagua ek antara diploma kerjasama uitm dgn diploma akaun biasa? ? And diploma tanpa kerjasama uitm bleh sambung ijazah dekat mane ipta tak??

Unknown

Hot la akak admin ni..huhu

Aimee Maziah

Assalamualaikum syafiq omar,

Actually mana mana pun okay. Terpulang pada tempat yang awak belajar la. If bawah mara, memang insya allah okay and boleh sambung mana mana ipta lain. Kalau further study dkt mana mana ipts lain, make sure ipts or kolej tu ade iktiraf lan la.


Unknown

salam,akak,saya nak tumpang tanya..semua ipts ke menawarkan pinjaman mara?ke sesetengah saje mengikut course yang ada?

Aimee Maziah

Waalaikumussalam syazwana dzukifli,

Apa yang akak tahu, tak semua ipts offer pinjaman mara. Itu depends on course and tempat belajar awak la. Kebanyakannya offer ptptn. If awak nak tahu ipts mana yg offer pinjaman mara, rasenya awak boleh beli buku mara. List kolej2 under mara.

thanks.

hadiiqatu

assalam akak..dulu akak pernah buat pinjaman pendahuluan mara tak? duit to dapat sebelum kita daftar ke lpas daftar?sy daftar buln9 ni. lama tak proses dia?n one more, ayah sy xder sijil kelahiran memang dari dulu lagi, camna ya?mara terima tak? sebab masa sy apply ptptn time dip dulu ptptn xkish sgt, tp kwn2 cakap law mara nie dia susah sikit..memang kne dtail.btol ke?

Unknown

Assalamualaikum...akak,lama x nk tnggu loan mara ni di approve kan? snang x nak apply dari ptptn?

Aimee Maziah

Waalaikumussalam adik hadiiqatu.

First, dulu akak tak buat pendahuluan pinjaman mara sebab masa first sem dulu, akak bayar sendiri je. So akak tak pasti kalau adik buat pinjaman pendahuluan, bila duit tu akan dapat.

Second, seingat akak, proses die takda la lama sangat. Actually dorang nak penjamin je 2 orang. Tak semestinya mak atau ayah. Abang atau kakak yang sudah bekerja pon boleh. Mcm dulu penjamin akak, abang and sepupu akak. Penjamin tu bagi memastikan, if kita tak dapat bayar, dorang yang akan bayar. Tp kesian la kan. Takkan nak suruh orang lain pulak yang byrkan hutang kita kan.

So rasanya kalau ayah takda sijil lahir, boleh suruh orang lain yg jadi penjamin. Yg pastinya sertakan slip gaji mereka 3 bulan. Kalau mak atau ayah dah pencen, sertakan slip pencen.

Ok dik.

Aimee Maziah

Waalaikumussalam adik park hyun jun.

okay. First of all, jangan pikir senang atau tak nak apply dr ptptn. Apa pun, avoid dulu dr pikir ptptn. Cuba dulu apply mara. If cukup qualification, insya allah lulus buat pinjaman mara. Janji bumiputera je. Tak lulus mara, boleh try jpa atau lain2. Ptptn tu, biarlah last sekali if terdesak sgt je. Akak bagitau untuk jangka panjang adik. Kan, insyaallah, cuba dulu k

Aimee Maziah

Assalamualaikum adik2,

Untuk new vistor akak yang ada nak tanya apa apa hal berkaitan topik akak ni, sila pm akak di fb ye. Aimee maziah. Akak dah jarang bukak blog. So kesian dekat adik adik if akak lambat reply soalan kamu.

thanks

Post a Comment

Thanks all.. muahxxx