CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 June 2010

Khasiat Daun Inai

Hai guys.. kat sini aku hendak kongsi sedikit khasiat daun inai. Well yang aku tahu la.. Actually, daun inai ini memang banyak khasiatnya, antaranya, menyembuhkan luka-luka atau kudis around kuku kita, menyembuhkan sakit perut, membantu mengurangkan sakit tekak dengan meminum air dari rebusan daun inai, merawat haid atau keputihan yang berlebihan dan sebagainya. Memang terdapat berbagai-bagai khasiat daripada daun inai ini.

Okay.. image diatas merupakan daun inai k. 


Okay, apa yang aku nak kongsi dekat sini, daun inai ini boleh mengurangkan atau menghilangkan kelemumur, melebatkan rambut, juga dalam masa yang sama boleh menyejukkan kulit kepala.

Cara-caranya amat mudah, korang hanya perlu menumbuk atau kisar daun inai sehingga halus, campur dedikit air (bergantung kepada jumlah daun inai-->untuk memudahkan daun dikisar atau ditumbuk), kemudian disapu pada seluruh kepala. Pastikan sapuan korang mengenai kulit kepala. Rambut korang perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum menyapu daun inai. Bersihkan kulit kepala dari sebarang bahan-bahan kimia. yelah, macam minyak-minyak rambut, gel atau sebagainya. Apabila rambut sudah bersih, barulah air dari daun inai itu akan menyerap sepenuhnya pada kulit kepala kita. Biarkan selama sejam atau lebih, bergantung pada korang sebenarnya. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali, insyaALLAH, korang akan merasai rambut yang lebih bersih dan bebas dari kelemumur.

Kalau korang tengok rancangan NONA hari tuh(ok, aku lupa hari apa sebenarnya), ada tunjuk tentang khasiat daun inai ini. Dorang guna inai sebagai pati untuk melebatkan rambut. Sebenarnya kaum india yang selalu mengamalkan penggunaan daun inai ini. Dorang selalu pakai dekat kepala. Tengok la hasilnya pada rambut dorang sendiri, lebat kan.  =p

Khasiat yang kedua yang ingin aku kongsi, daun inai ini boleh memerahkan kulit dibawah kuku korang. Okay, betul ke aku cakap. Maksud aku, warna kuku anda. Ada sesetengah orang, kukunya berwarna kekuningan. Macam tidak sihat kan. Ok. Untuk memperolehi kuku yang berwarna baby pink, senang sahaja caranya, iaitu amalkan memakai inai. Tidak semestinya orang yang hendak kahwin sahaja boleh memakai inai, bagi yang bukan hendak kahwin pun, boleh sahaja memakai inai. Yelah, untuk mencantikkan kuku korang jugak. Lagipun dengan memakai inai di kuku, boleh mengelakkan kuku dari reput tau. Kudis-kudis or luka-luka.Cara-caranya sama seperti di atas. Korang tumbuk atau kisar daun inai sampai hancur. Kalau korang hendak warna inai lebih merah lagi, korang boleh campurkan sedikit arang, nasi atau serbuk teh. Pakai sehari semalam tau. Hasilnya selepas warna inai itu hilang, kuku anda memang akan kelihatan baby pink.

Oklah, selamat beramal ye you guys. Aku pun actually baru hendak pakai daun inai ni. Al-maklumlah sekarang kan musim panas, at least, dapat menyejukkan kepala aku ni. hehehe... selamat beramal for me.  xoxo =p
---> EDITING
Daun inai. Aku ambil dekat rumah my auntie

Lepas dibuang dari ranting.. macam layu jek kan.. huhu

Kucing aku pun nak mencapap jugak tau.. ngeh~ ngeh~

Lebihan, pakai kat jari. Belah kiri sahaja

Hasilnya. Ini kes pakai sekejap sahaja. Malas pakai lama-lama. hehe.. Oren pulak warnanya~






2 Ulasan:

Eddie Tan

Yop, mana saya boleh dapat daun inai /pokoknyadngsn banyak . Ada project......hmm ....

Aimee Maziah

Eddie Tan,

Awak nak daun inai? Banyak ke?

Post a Comment

Thanks all.. muahxxx